Pengenalan

Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Haji Awg Umar adalah salah sebuah sekolah yang ada di Kampong Ayer. ianya terletak dihadapan Kampong Setia B dan berdekatan dengan Pulau Sibungur. bangunan ini terdiri dari dua tingkat iaitu tingkat bawah dan tingkat atas.

Sekolah ini dibina daripada konkrit dan kayu. Tiang, Pak, Tangga (naik ke sekolah) Tandas. Kawasan Lapang serta Jambatan Penghubung ke Jembatan Kampong Setia B dibina menggunakan konkrit. Manakala bilik-bilik (Tingkat Bawah dan Tingkat Atas) iaitu dinding dan lantai dibina dengan menggunakan kayu. Pintunya pula diperbuat daripada playwood. Tangga naik ke Tingkat atas dibina dengan bahan daripada kayu dan besi.

Murid-murid sekolah ini adalah terdiri daripada penduduk-penduduk yang berasal dari Kampong Setia A, Kampong Setia B serta yang tinggal disekitar sekolah ini. Kebanyak murid-murid ini datang ke sekolah dengan berjalan kaki dan sebilangan kecil saja yang datang menggunakan boat atau perahu.

Pada keseluruhannya, murid-murid ini bersekolah sesi pagi berhampiran dengan sekolah ugama ini; iaitu dari Sekolah Rendah Dato Jamil, Sekolah Rendah Sungai Siamas dan Sekolah Menengah Sayyidina Rendah Sungai Kebun, Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Sekolah Rendah Kasat, Sekolah Menengah Awg Semaun dan lain-lain sekolah.

Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Hj Awg Umar adalah dibawah Pentadbiran Pegawai Pengajian Islam Daerah kawasan Brunei 1.